Pages

Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 16 June 2011

Try Ini Plak..

Assalammualaikum u ols :)
hari ini yuzz nak kongsi ini dengan kengkawan semua
untuk yang nak tambah pendapatan
nak tambah duit untuk majlis kahwin nanti
jom kita sama-sama cuba ini
yuzz pun baru je join
saja nak cuba nasib
lagi pun percuma je
jadi tak salah kan mencuba
mari sama2 kita cuba

psst: jangan lupa klik ye kengkawan
tolong isi tabung yuzz

Wednesday, 15 June 2011

i need Help.

hye korang
yuzz perlu pertolongan dari kawan2 sekalian

 taukan beg ni
recycle beg

macam ni yang selalu kita dapat kat kenduri kawin
mana ye nk beli kain untuk wat beg macam ni
korang tau x tempat nye
boleh bagi tau x..

atau mana2 tempat yang boleh buat tempahan
dengan design sendiri..


Thursday, 19 May 2011

Misi Pertama: Survey

Assalammualaikum u ols..
misi pertama adalah

SURVEY

nk surney apa

1.cincin..2 cincin..merisik + tunang
2. baju tunang
3.hantaran pertunangan..simple2 je..ingat nak DIY je..
4.Theme colour
5.make up
6.mini pelamin..discuss ngan mak dlu..
7.jamuan
8.jurugambar..
9.doorgift..perluke??

banyak nye nk kene buat..
ini baru yg terfikir dalam kepala
x masuk lagi yang x ingat..huhu
takut over budget plak..
nk buat biasa2 je..
xpe la plan pelan2..ni baru tajuk besar2..blm yg kecik2 lagi.

ok ni dulu kot..
nanti baru citer part yg kecik2 nye..
ini main title je..hehe

Tuesday, 10 May 2011

Mother's Day

just nk share info je..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayak...an pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.   Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.   Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.   Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.   Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.   Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.   

Sumber:sini

Saturday, 7 May 2011

Tema

Assalammualaikum
jenguk2 fb n blog
ternampak pic ni

credit:sini

cikyuzz suka color ni..sweet kan
gabungan 2 warna
putih , biru , hijau
sgt sweet
sejuk je mata memandang